Saturday, 29 September 2012

Mengapa Pilih Herbalife?


MENINGKATKAN KESIHATAN ANDA MELALUI NUTRISI SELULAR 


Anda perlukan tubuh yang sihat untuk berasa sihat. Oleh itu, anda perlu suburkan   sel-sel tubuh   demi   mendapat tubuh yang sihat.   Kami menamakannya Nutrisi Selular, asas kepada setiap produk tawaran kami.  Melalui nutrisi selular, nutrien  -  nutrien yang  menyihatkan membantu menyediakan  khasiat  kepada sel anda dengan gabungan khusus       berasaskan   tumbuh   -  tumbuhan     yang mennyediakan    vitamin,     mineral  serta antioksida bagi membantu menyokong fungsi sel.
Melalui kaedah ini, produk ini menyampaikan nutrien yang baik kepada sel-sel di seluruh tubuh badan, yakni sebahagian daripada cara pemakanan yang menyihatkan. Sel-sel merupakan unit asas dalam badan dan berfungsi menyalurkan tenaga untuk segala tugasan badan, daripada berfiir hinggalah kepada petumbesaran badan.
Ia juga dirumuskan untuk memberi sokongan kepada vilus yang sihat. Vilus adalah struktur halus yang berada di sepanjang dinding usus dan bertanggungjawab mengawal dan membantu peresapan nutrien, vitamin dan mineral dalam badan, di samping melindungi tubuh daripada toksin. Vilus yang lebih sihat bermakna kebolehan sel untuk menyerap khasiat menjadi lebih efisyen, lalu terhasilnya tubuh yang lebih cergas.
Melalui formula saintifik yang berbeza daripada yang lain, produk kami menghasilkan nutrisi maksima. Kaedah yang digunakan serta bahan-bahan yang berkualiti tinggi mengekalkan khasiat nutriennya.
Ramai yang kurang mengambil kira makanan seimbang dalam kehidupan seharian. Kesannya, badan kurang menyerap nutrien yang sepatutnya. Lebih teruk lagi, tubuh mengumpul toksin dan tidak dikeluarkan daripadanya, justeru timbullah pelbagai penyakit melanda dan kesan penuaan menjadi lebih pantas. Kesan yang jelas kelihatan apabila tidak mengamalkan pemakanan seimbang ialah tubuh mudah menjadi gemuk.

 

 

PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN TERBAIK DI DUNIA 

Pasukan pengurusan peringkat atasan yang dibina oleh Herbalife mempunyai matlamat utama, iaitu memastikan Herbalife menjadi jenama nombor satu di dunia badi pengurusan berat badan dan nutrisi. Pernah memegang kedudukan eksekutif dalam beberapa syarikat tersohor antarabangsa di dunia., kumpulan ini memainkan peranan penting kerana mereka membawa bersama pengalaman global dan kepakaran ke dalam syarikat.

KEWIBAWAAN SECARA SAINTIFIK 

Sebuah pasukan telah dikumpulkan yang terdiri daripada pakar perubatan, ahli saintis dan pakar nutrisi masyhur dan bertanggungjawab membawa era baru dalam Herbalife. Mereka membawa syarikat ke satu tahap yang berbeza daripada yang lain dalam industri serta memperoleh rasa hormat komuniti dunia saintifik

HERBALIFE KINI DAN ESOK 

Daripada produk-produk pengurusan berat badan dan nutrisi yang maju, hingga kepada pendekatan secara periadi yang diberikan pengedar-pengedar kepada para pelanggan, Herbalife sentiasa komited dalam memperbaiki kehidupan  serta untuk memberi inspirasi untuk masa akan datang melalui rumusan-rumusan perintis dan peluang-peluang perniagaan berkembang pesat. Lebih daripada dua dekad kejayaan dan berjuta-juta pelanggan yang berpuas hati menyokong, Herbalife mencipta dunia yang lebih sihat- seorang pada setiap masa.

Sejarah Herbalife 

Mark Hughes, yang mengasaskan Herbalife, telah berkelana ke China untuk menimba pengetahuan bersama pakar herba bagi membolehkannya menghasilkan produk-porduk yang berkesan.
Herbalife sentiasa komited terhadap mutu produk dan selalu mendengar maklumbalas penting daripada pengedar-pengedar  berdasarkan pengalaman peribadi mereka dan daripada para pelanggan. Dengan cara itu, Herbalife mampu mebawa produk-prduk itu ke pasaran yang mencukupi keperluan para pelangan pada masa kini serta sentiasa mencari peluang dan mengkaji keperluan para pelanggan yang akan datang.
Tidak kisah sama ada anda menawarkan produk pengurusan berat badan Herbalife, supplimen kesihatan atau produk nutrisi luaran, anda boleh berasa yakin barangan ini memiliki sokongan daripada keutuhan syarikat yang mempunyai  tradisi dalam memberi keutamaan terhadap gaya hidup yang sihat untuk semua.

Herbalife Nutrisi Segala Umur

Buat sejenak, cuba fikirkan mengenai masalah yang dihadapi ramai yang mahu mencuba menurunkan berat badan. Mereka tidak mendapat nutrisi dengan baik serta kekurangan otot apabila berlapar. Hal ini kerana mereka menurangkan pengambilan protein dan juga kalori. Justeru, saat mereka berhenti mengamalkan gaya pemakanan ini, mereka akan kehilangan otot, sementara itu lemak akan semakin bertambah.
Ramai tidak sedar mereka telah mengamalkan cara pemakanan yang salah sampai terpaksa berlapar demi mahu mengurangkan berat badan. Apabila jumlah pemakanan berkurang ( iaitu jumlah kalori kurang berbanding yang diperlukan: 1,200 kcal untuk wanita dan 1,800 cal untuk lelaki ) badn akan memberi respons dengan menyerap protein daripada otot sebagai sumber tenaga, manakala lemak akan disimpan. Hal ini sebab rantaian protein lebih mudah dipecahkan untuk mendapatkan tenaga. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

Namun begitu, apabila protein daripada otot digunakan oleh tubuh, ini bermaksud kuantiti otot akan berkurangan. Hasilnya metabolisma juga semakin menurun. Kada metabolisma yang telah hilang tidak boleh diganti semula, dan anda akan kekal dengan kadar metabolisma yang rendah itu. Apabila seseorang kembali kepada tabiat pemakanan lama selepasnya, mareka akan mengalami masalah peningkatan berat badan.
Lemak pula dihasilkan daripada tenaga yang tidak digunakan. Lama kelamaan,  seseorang akan menjadi gemuk apabila lemak yang terkumpul dalam badan semakin meningkat. Penyelesaiannya ialah HERBALIFE SHAPEWORKS, satu program yang terbukti secara saintifik dengan penyelidikan daripada pakar terhebat antarabangsa. SELAMAT dan SEMULAJADI, TANPA KESAN SAMPINGAN, TANPA BERSENAM, TANPA BERLAPAR, EFEKTIF, MUDAH, dan HALAL.

Mengapa Herbalife?

  1. Herbalife adalah satu-satunya jenama yang menghasilkan produk berteknologi “Cellular Nutrition” dimana sel-sel badan akan dibekalkan dengan nutrisi lengkap dan seimbang. Teknologi ini dihasilkan oleh pakar-pakar pemakanan tersohor. Teknologi ini juga telah dipatenkan dan tiada produk lain mengaplikasikannya.
  1. Syarikat ini telah berusia lebih dua dekad. Ia kekal hingga kini merupakan bukti dan hasil daripada adanya produk-produk hebat.
  1. Ia disenaraikan pada papan utama Bursa Saham New York.
  1. Medical Advisory Board syarikat Herbalife merupakan yang terbesar di dunia untuk menjamin produk adalah yang terbaik.
  1.  Beroperasi di 65 buah negara, membuktikan produknya sesuai dengan segala lapisan masyarakat.
  1. Memiliki makmal molekul nutrisi sendiri yang dinamakan sempena pengasas Herbalife, Mark Hughes Cellular Nutrition Lab di Universiti of California, Los Angeles ( UCLA).
  1. Terdapat 50 juta testimoni bertulis daripada pihak pelanggan yang berpuas hati.
  1. Produk kami juga dijamin HALAL dan memiliki sijil IFANCA.

Siapa yang boleh menggunakan HERBALIFE? 
  • Setiap orang daripada semua peringkat umur.
  • Wanita yang sedang hamil atau kanak-kanak kecil.
  • Baik yang masih sihat mahupun sedang sakit.

Herbalife menawarkan nutrisi yang diuruskan secara peribadi untuk menyokong gaya hidup yang sihat.
Ia menjadi penyelesaian yang mudah dan bernas untuk:
  • Mengurangkan berat badan, daripada 3 kg hingga 5 kg sebulan

  • Meningkatkan berat badan serta mengekalkannya.

  • Meningkatkan tenaga, awet muda dan memperelokkan kulit

  • Memulihkan kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, diaetes, migraine dan sebagainya.

  • Memulihkan cara pemakanan yang tidak sihat.

  • Akhirnya, bagi masalah berat badan berlebihan dan cara makan yang tidak sihat, di mana amat berisiko terhadap masalah kesihatan.

Herbalife Malaysia 

Mula membina kejayaan di sini! Herbalife kini di Malaysia!
Herbalife Malaysia telah secara rasminya mula beroperasi dan dibuka pada 21hb Januari 2006 di Malaysia. Hari pembukaan kami dirancakkan lagi dengan kehadiran Ahli Kelab Chairman, Ahli Kelab Preside, Ahli Kelab Jutawan, serta ramai pengedar yang dinamik dari seluruh dunia. Kemasukan Herbalife dalam pasaran Malaysia telah lama dijangka, dan kami percaya Herbalife boleh memainkan peranan yang penting di rantau Asia Pasifik

Herbalife Independent Distributor In Malaysia

Untuk maklumat lebih lanjut tentang menjadi pengedar bebas, atau untuk mencari pengedar yang berdekatan kawasan anda sila hubungi

017-7650844

Perunding dan Pengedar Produk Herbalife/ Promosi Herbalife/ Herbalife Online


No comments:

Post a Comment